
“Dakwaan ini merujuk kepada amalan rasuah,” kata SC dalam kenyataan kepada FMT.
“Seperti yang anda tahu, bidang tugas SC hanya meliputi perkara berkaitan dengan undang-undang sekuriti,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Leissner di mahkamah Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Leissner, saksi penting dalam perbicaraan bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng, memberi keterangan berhubung pemindahan wang sebanyak USD14 juta (RM45 juta) kepada seorang ahli keluarga Lim bagi membantu meneruskan penjualan loji jana kuasa Genting Power Holding Ltd kepada 1MDB pada 2012.
Ahli Parlimen Subang daripada PKR Wong Chen membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat dan menyoal Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa sama ada kementerian itu akan mengarahkan SC, yang bertanggungjawab kepada menteri kewangan, untuk menyiasat perkara itu.
Wong berkata, SC adalah badan sesuai untuk menyiasat Genting Bhd kerana konglomerat itu disenaraikan di Bursa Malaysia.
FMT cuba mendapatkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Genting Bhd untuk mengulas perkara itu.