
Semua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara 5 petang dan 12 tengah malam semalam ketika hadir memberi keterangan.
Seorang daripada suspek ditahan selama lima hari hingga 3 April, manakala dua suspek lagi ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 1 April.
Perintah tahanan reman dikeluarkan majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, menurut laporan Harian Metro.
Menurut sumber, warga Korea itu adalah pengurus besar di syarikat antarabangsa berkenaan dan dipercayai bersubahat bersama dua individu terbabit.
Mereka dikatakan membuat pinjaman bagi pembelian 24 kenderaan terpakai dari luar negara pada 2015.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.