Najib jangan sembang, saya tunggu ‘surat cinta’ anda, kata Chegubard

Najib jangan sembang, saya tunggu ‘surat cinta’ anda, kata Chegubard

Pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin berkata setakat ini beliau belum menerima sebarang notis saman daripada bekas perdana menteri itu.

Jumaat lalu, Chegubard dalam catatan di Facebook mendakwa Najib Razak menipu dalam satu majlis di Pulau Pinang bahawa beliau tidak pernah menyebut ayat “Apa lagi Cina mahu?”.
PETALING JAYA:
Pemimpin Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, beliau tidak akan “mengalah” dengan ugutan saman oleh bekas perdana menteri Najib Razak berhubung ayat “Apa lagi Cina mahu?”.

“Setakat ini dia sembang saja. Saya alu-alukan saman daripada dia (Najib). Sudah pasti akan ada saman balas, kalau saman itu bukan sumber daripada saya,” kata Chegubard kepada FMT.

Bagaimanapun Chegubard berkata, setakat ini masih belum ada sebarang “surat cinta” atau notis saman daripada bekas perdana menteri itu sampai ke pihaknya.

Tonton video di sini.

“Tiada (saman), tiada apa pun. Najib ni biasalah, dia nak saman Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa tapi tak saman-saman. Dia nak saman Muhyiddin (Yassin), tak saman-saman,” katanya yang mendakwa Najib cuba mengalihkan isu kes penyelewengan dana 1MDB yang dihadapinya.

“Penafian tu hanya nak tunjuk dia hebat, dia betul. Isu sebenar ialah dia nak alih isu sabitan dia dengan kes 1MDB.”

Semalam, Najib berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Chegubard kerana memfitnah beliau berhubung ayat “Apa lagi Cina mahu?”.

Katanya, beliau sudah memberikan tempoh 24 jam kepada Chegubard untuk menafikan tuduhan itu, namun beliau enggan “mengalah”.

“Dia kata memang ada bukti muka hadapan Utusan dan ‘beberapa media’ pernah melaporkan ucapan ugutan saya tersebut pada 2013. Bebalnya.

“Tak payah buang masa dengan individu yang gagal bezakan tajuk berita media dengan apa yang saya ucap sebenarnya. Saya saman,” katanya di Facebook.

Jumaat lalu, Chegubard dalam catatan di Facebook mendakwa Najib berbohong dalam satu majlis di Pulau Pinang bahawa beliau tidak pernah menyebut ayat “Apa lagi Cina mahu”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.