
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh Abdul Wahab Ismail, 31, membuat pengakuan bersalah.
Menurut laporan Berita Harian, tertuduh didakwa menghantar bahan berunsur lucah pada 4 September 2019 melalui Facebook Messenger kepada seorang wanita dalam kejadian di Kampung Tarap, Bongawan, Sabah.
Wanita terbabit seterusnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan kejadian itu pada 24 September 2019.
Tertuduh sekali lagi dilaporkan menghantar bahan berunsur lucah kepada wanita sama pada 9 Oktober 2019.
Susulan laporan itu, pihak SKMM bersama polis membuat serbuan ke rumah tertuduh di Kampung Ulu Luagan Bongawan, pada 16 Januari 2020.
Beberapa barangan milik tertuduh yang digunakan untuk menghantar bahan lucah berkenaan turut dirampas termasuk telefon bimbit, dua kad sim dan kad micro SD.
Hafizah kemudian menjatuhi hukuman denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga bulan penjara bagi kedua-dua kes, sekiranya tertuduh gagal membayar denda ditetapkan.
Tertuduh tidak diwakili peguam manakala SKMM diwakili Pegawai Pendakwa, Nazrul Nizam.