
Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata, secara dasarnya, beliau bersetuju dengan kenaikan gaji daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan, namun tiada analisis yang tepat mengenai kesan limpahannya disediakan.
“Kami tahu rakyat sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. Jika rakyat tak dapat bertahan, maka perniagaan yang bergantung pada rakyat juga tak dapat bertahan.
Tonton video di sini.

“Namun setakat ini, tiada penjelasan daripada kerajaan. Jika ada, lebih mudah untuk perniagaan menerimanya,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, bil gaji Mydin akan meningkat sebanyak RM25 juta setahun dan beliau bertanya sama ada kerajaan faham bahawa kenaikan gaji akan mendorong peningkatan kos bagi perniagaan, seterusnya kenaikan harga barangan.
Bagaimanapun, perniagaan lebih bimbang mengenai kekurangan pekerja, katanya. Beliau meminta kelulusan lebih cepat bagi permohonan membawa masuk pekerja asing.
Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia Soh Thian Lai berkata, terdapat beberapa peringkat yang terlibat dalam proses permohonan kemasukan pekerja asing.
“Kami berharap ia boleh diringkaskan di mana mungkin bagi membolehkan industri membawa masuk pekerja dengan cepat,” kata Soh.