Pengguna jalan raya gempar BMW terbakar

Pengguna jalan raya gempar BMW terbakar

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, berkata kejadian tidak membabitkan mangsa, namun kenderaan mewah itu 80% musnah.

Sebuah kenderaan mewah BMW terbakar di Jalan Persekutuan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Sungai Nipah, Sungai Besar. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kereta mewah BMW yang terbakar di Jalan Persekutuan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Sungai Nipah, Sungai Besar, mencetuskan kegemparan dalam kalangan pengguna jalan raya di situ, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada 11.50 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, sebuah kereta didapati terbakar dan operasi memadam kebakaran dijalankan. Kejadian tidak membabitkan mangsa, namun kereta itu musnah 80%. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.