
KKM turut melaporkan 20,923 kes Covid-19 dan termasuk 20,695 penularan tempatan dan 228 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, lapan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 34,751.
Johor dan Kedah masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Selangor (lima), Perak (tiga), Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu (dua) serta Kelantan dan Melaka (satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 242,487 kes aktif dilaporkan, termasuk 302 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 198 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 25,467 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,122,004.