
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan, memaklumkan insiden tersebut telah berjaya diselesaikan dan treler yang terbabit telah dialihkan ke tempat letak kenderaan kecemasan yang berhampiran, kira-kira 2:30 petang tadi.
“Kami sedang merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan yang sewajarnya. Sepanjang insiden tersebut, maklumat trafik telah disalurkan secara berterusan kepada pelanggan lebuh raya menerusi papan tanda elektronik di lokasi strategik serta Twitter PLUSTrafik.
“Pengguna yang menghala ke utara turut diarahkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kuala Kangsar sebelum masuk semula menerusi Plaza Tol Changkat Jering,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, pasukan operasi lebuh raya PLUS turut berada di lokasi dan mendapat kerjasama pihak berkuasa dalam menguruskan insiden terbabit.
PLUS melahirkan rasa kesal atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuh raya yang terperangkap dalam kesesakan tersebut.