
Wong, yang mewakili kawasan Sri Tanjong dan ADUN Elopura, Chong meninggalkan DAP pada 20 Jan.
Presiden Warisan Shafie Apdal berkata ia adalah hari yang penting bagi parti itu kerana ia selaras dengan matlamatnya untuk memperkukuhkan kedudukan di negeri berkenaan.
“Kita bukan parti bersama kerajaan atau yang boleh menawarkan projek tetapi mereka memilih untuk menyertai kita kerana merasakan Warisan adalah platform terbaik untuk memperjuangkan hak Sabah,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu.
Spekulasi tersebar luas sebelum ini bahawa Chong dan Wong meninggalkan DAP untuk menyokong kerajaan GRS-BN yang dipimpin oleh Ketua Menteri Hajiji Noor.
Bagaimanapun, Chong berkata tiada keraguan lagi bahawa mereka akan terus menjadi sebahagian daripada pembangkang negeri.
“Bertentangan dengan dakwaan musuh politik saya serta DAP selepas gambar saya bertemu dengan ketua menteri muncul di media sosial, saya tidak berhasrat untuk menyokong kerajaan negeri.
“Jadi hari ini menunjukkan saya bersama pembangkang dan pemimpin pembangkang Sabah (Shafie),” katanya.
Chong berjaya mempertahankan kerusi DUN Elopura dalam pilihan raya mengejut pada September 2020.
Sementara itu, Wong yang juga ADUN penggal pertama, berkata walaupun hanya baru dilantik pada PRN lalu namun beliau telah bergiat aktif dalam politik sejak 2008.
“Setelah setia kepada DAP sepanjang hidup saya, saya pergi bukan kerana kepentingan peribadi tetapi kerana kehilangan hala tuju dan perbalahan serius dalam parti.
“Saya percaya bahawa ia bukan lagi menjadi kepentingan saya untuk terus bersama parti yang hanya mahu saya menjadi ‘yes man’,” katanya.
Tambah Wong lagi, beliau berhasrat untuk kekal sebagai ahli pembangkang di DUN semasa kerana beliau telah dipilih oleh rakyat untuk tujuan itu.
“Saya percaya, ia adil dan bertanggungjawab untuk pengundi saya dengan penyertaan ke dalam parti pembangkang yang memperjuangkan hak rakyat Sabah,” katanya.
Dengan langkah itu, Warisan kini mempunyai 19 kerusi di DUN. Ia memenangi 23 kerusi pada PRN Sabah namun kemudiannya hilang lima ADUN kepada GRS manakala seorang wakil rakyat meninggal dunia.