
Beliau yang juga menteri pembangunan luar bandar turut menafikan bahawa perjumpaan menteri dan timbalan menteri itu bertujuan untuk mengadakan mesyuarat.
“Bila pertemuan ini? Tiada perbincangan mengenai pembubaran Parlimen. Tidak ada pertemuan pun,” katanya lapor Berita Harian.
Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata, beliau tidak terlibat dalam perjumpaan itu dan memberitahu tidak tahu apa yang berlaku.
“Mungkin saya tidak dijemput,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu.
Antara yang dilihat memasuki hotel itu selepas jam 8 pagi tadi ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dan Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim. Mereka meninggalkan hotel kira-kira 10 pagi.
Turut kelihatan di hotel itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar serta Menteri Perpaduan Negara Halimah Sadique.
Annuar dilaporkan memberitahu media dia berada di sana untuk bersarapan.