Pembeli sijil vaksin palsu akan kehilangan status vaksinasi, kata KJ

Pembeli sijil vaksin palsu akan kehilangan status vaksinasi, kata KJ

Menteri Kesihatan berkata, Kementerian Kesihatan akan menghapuskan rekod vaksinasi palsu MySejahtera sebaik polis menyelesaikan siasatan mereka.

Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan menarik balik status vaksinasi terhadap individu yang menggunakan sijil vaksinasi palsu.
KUALA LUMPUR:
Rekod status vaksinasi individu yang menggunakan sijil vaksinasi palsu Covid-19 di MySejahtera akan dihapuskan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kementerian akan melaksanakan langkah itu selepas polis menyelesaikan siasatan mereka, memandangkan tindakan itu adalah satu jenayah.

“Apabila kita telah mengesahkan melalui siasatan polis dan boleh mengesahkan sijil vaksinasi itu palsu, kita akan keluarkan rekodnya daripada MySejahtera,” katanya pada sidang media di ibu pejabat kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS).

Khairy berkata, kementerian telahpun menarik balik status vaksinasi bagi mereka yang didapati mendaftar secara tidak sah.

“Kita serahkan kepada polis untuk menentukan denda jenayah yang akan dikenakan kepada mereka yang membeli sijil vaksinasi palsu.

“Kami rasa setakat ini Kementerian Kesihatan akan terus menawarkan vaksin sebenar jika pelakunya tampil ke hadapan,” katanya.

Di Selangor sahaja, lebih 5,600 individu dipercayai telah mendaftar status vaksinasi secara tidak sah melalui MySejahtera.

Polis melakukan beberapa tangkapan di seluruh negara yang melibatkan mereka yang menjual sijil vaksinasi palsu.

Bercakap pada majlis pelancaran projek Ambulans Hotspot, Khairy berkata, inisiatif bersama antara kementerian kesihatan, MRCS dan St John’s Ambulance Malaysia.

Beliau berkata sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi projek mewujudkan 15 lagi pusat ambulans di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Selain itu katanya, 100 defibrilator luaran automatik akan dipasang di kemudahan awam dan swasta di seluruh negara, termasuk di pusat beli-belah dan kompleks sukan, bagi meningkatkan keberkesanan responden pertama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.