
Mahfuz membangkitkan perkara itu memandangkan sidang Parlimen akan berakhir esok.
“Menteri undang-undang, beri jawapan dalam Dewan Rakyat dan perdana menteri nyatakan bahawa Akta Anti Lompat Parti akan dibentang dalam sidang ini, tetapi sehingga sekarang masih belum dikemukakan sedangkan esok hari akhir persidangan.
Tonton video di sini.
“Saya anggap jawapan rasmi di Dewan Rakyat ini khususnya oleh menteri undang-undang adalah mengelirukan Dewan, sedangkan kami pembangkang menanti bahawa penting akta lompat (parti) dibentang, ia penting kerana orang politik tak boleh jadi pelacur politik,” katanya.
Katanya, RUU untuk meminda perlembagaan persekutuan berkait kelayakan keluarga Diraja sebagai pengundi yang akan dibentangkan hari ini bukan perkara yang perlu disegerakan.
“Akta Lompat Parti ini perlu diutamakan dahulu, sebab orang politik tak boleh jadi pelacur politik,” katanya.
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta Mahfuz mengemukakan usul kepada beliau bagi membolehkan perkara itu dibangkit boleh dibincangkan di Dewan Rakyat.