200 kayu bakau ‘curi’ bernilai lebih RM80,000 dirampas

200 kayu bakau ‘curi’ bernilai lebih RM80,000 dirampas

Rampasan Unit Risikan Marin (URM) PPMW5 Sarikei itu dianggarkan bernilai RM82,250.

Longgokan kayu balak bakau pelbagai saiz dan jenis yang belum sempat dipunggah di tebing Sungai Belawai, Sarikei di Sarawak. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebanyak 200 batang kayu bakau yang tidak mempunyai cop Jabatan Hutan (JH) dirampas oleh pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarikei di tebing hulu Sungai Belawai, semalam.

Komander PPMW5 Sarawak Zulfikar Mohd Ghazali berkata, rampasan oleh Unit Risikan Marin (URM) PPMW5 Sarikei itu dianggarkan bernilai RM82,250.

Katanya, berdasarkan maklumat awam pemeriksaan menjumpai longgokan kayu balak bakau pelbagai saiz dan jenis yang belum sempat dipunggah di tebing sungai berkenaan.

“Semua kayu balak berkenaan tidak mempunyai cop ‘JH’ sekali gus melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Zulfikar berkata, secara amnya harga pasaran semasa bagi kayu bakau di Sarawak dianggarkan bernilai RM540 satu tan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.