
Beliau berkata, bagi menentukan pesara terbabit dikategorikan sebagai miskin tegar, ia mengambil kira tempoh perkhidmatan pegawai selama 25 tahun.
Katanya, ia bagi melayakkan pesara menerima kadar pencen terendah sebanyak RM1,000.
“Sebanyak 9.85% daripada 886,458 pesara adalah dikategorikan sebagai miskin tegar, iaitu seramai 87,370 pesara.
“Memang perjuangan untuk menghapuskan kemiskinan di negara ini sangat dekat dengan perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob). Insyaallah, kita akan melihat perkara ini semula,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2021) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 30 September 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti kaedah menambah baik bayaran pencen kepada pesara kerajaan, khususnya bagi yang tergolong dalam kumpulan B40.
Katanya, kajian JPA itu antara lain bagi mengatasi isu pesara kerajaan yang terpaksa hidup dengan bayaran pencen dan pendapatan selepas bersara di bawah had pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu RM2,208.
Ditanya berhubung pemberian ‘ex-gratia’ kepada anggota bomba lain yang terkorban ketika bertugas pula, Mastura menjelaskan, beliau tidak boleh menjawab soalan itu kerana ia bukan bawah bidangnya tetapi bawah Kementerian Kewangan.
Soalan itu susulan pengumuman Perdana Menteri ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU), baru-baru ini, bahawa kerajaan sudah membayar ‘ex-gratia’ berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba, allahyarham Adib Mohd Kassim, pada 29 November tahun lalu.