
Beliau berkata, Ismail berhak melakukan tindakan itu kerana ia adalah hak prerogatif perdana menteri.
“Mengenai pengumuman di PAU, perdana menteri mempunyai prerogatif untuk membuat apa sahaja pengumuman di mana-mana forum yang beliau rasa sesuai,” katanya di Dewan Rakyat.
Tonton video di sini.
Mastura berkata demikian ketika mempertahankan tindakan Ismail yang membuat pengumuman berhubung kadar gaji minimum RM1,500 dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno(PAU) 2021 Sabtu lalu.
Ketika ucapan penggulungan PAU 2021, Ismail mengumumkan bahawa pekerja di seluruh negara akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu itu mulai 1 Mei.
Terdahulu, beliau menjawab cadangan Lim Guan Eng (PH-Bagan) supaya Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibubarkan kerana berpandangan ia tidak mempunyai fungsi selepas Ismail mengumumkan perubahan dasar berkaitan ekonomi di PAU Sabtu lalu.
“Majlis Pemulihan Negara (patut) dibubar sahaja sebab masa PAU perubahan dasar berkaitan ekonomi diumum perdana menteri dalam satu persidangan politik bukan berdasarkan apa-apa yang syor dibuat oleh MPN.
“Adakah ini menunjukkan (MPN) masih berfungsi atau berkesan lagi,” soal Lim di Dewan Rakyat.