
Katanya, kestabilan kerajaan negeri juga didorong amalan demokrasi bermusyawarah hampir dua tahun beliau mentadbir negeri itu.
“Hanya beberapa kerusi memisahkan majoriti kerusi antara ADUN kerajaan dan pembangkang dalam pentadbiran di Kedah. Kerajaan Kedah diwakili 23 ADUN meliputi 15 ADUN daripada PAS, enam Bersatu dan dua Umno.
“Walaupun kerajaan ini dibentuk daripada tiga parti, namun kita mampu mewujudkan kestabilan dan pentadbiran baik kerana PAS sentiasa berbincang walaupun ada 15 kerusi,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Ketika membahaskan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam sidang DUN Kedah hari ini beliau berkata, amalan itu adalah antara punca wujudnya kestabilan dalam kerajaan negeri yang dipimpin Sanusi, yang juga merupakan ADUN Jeneri.