Kit Siang positif Covid-19

Kit Siang positif Covid-19

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang sedang menjalani kuarantin, memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

Lim Kit Siang hanya mengalami gejala ringan seperti batuk.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang disahkan positif Covid-19 hari ini.

Setiausaha politiknya, Syahredzan Johan berkata, Lim diuji positif Covid-19 selepas melakukan ujian RTK-Ag di Parlimen hari ini.

“Disebabkan ia menunjukkan keputusan positif, ujian PCR dijalankan dan kemudian beliau disahkan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini katanya, veteran DAP yang sudah lengkap vaksinasi dan menerima dos penggalak itu hanya mengalami gejala ringan seperti batuk.

Beliau berkata, Lim yang sedang menjalani kuarantin, memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.