Buli jalan raya: Pemandu Toyota Hilux ditahan

Buli jalan raya: Pemandu Toyota Hilux ditahan

Polis berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi semalam ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi membantu siasatan.

Rakaman video tular menunjukkan kenderaan Toyota Hilux dipandu secara berbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan di KM138.7 Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat.
BUKIT MERTAJAM:
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan di KM138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Shafee Abd Samad berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi semalam ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi membantu siasatan kejadian.

“Siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Shafee dilaporkan berkata, berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit 35 saat yang tular menerusi laman sosial, kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran PMX3338 tersebut melakukan buli jalan raya dengan menghimpit sebuah kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftarannya sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.