59 kematian Covid-19, 24,241 kes baharu

59 kematian Covid-19, 24,241 kes baharu

Sebanyak 13 kematian diklasifikasikan sebagai BID semalam.

Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini kini mencecah 34,244.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 59 kes kematian Covid-19 semalam.

Sementara itu, sebanyak 24,241 kes baharu turut dicatatkan, merangkumi 23,720 jangkitan tempatan dan 521 import.

Sebanyak 13 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah 34,244.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 15 kes, diikuti Selangor (12), Johor (11), Kelantan (6), Melaka (5), Pahang (3), Negeri Sembilan (2), Penang (2), Sarawak (2) dan Kedah (1).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Setakat tengah malam tadi, sebanyak 294,366 kes aktif dilaporkan, dengan 7,600 dimasukkan ke hospital.

Antara mereka, 383 berada dalam unit rawatan rapi (ICU), dengan 222 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 26,615 kes sembuh turut dilaporkan.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 dicatatkan di negara ini adalah 3,951,678.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.