
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan perkara itu di Twitternya. Sebelum ini beliau berkata, siasatan akan dijalankan selepas beliau dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan penambahbaikan dengan menegur pengawal keselamatan terbabit.
“Mereka diarah menggunakan prosedur komunikasi sesuai ketika berurusan dengan pesakit dan pelawat bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang pada masa depan.”
Rabu lalu, pengguna Twitter @elizanathaniel mendakwa beliau tidak dibenarkan menemui bapanya di wad kecemasan kerana dianggap “berpakaian tidak sesuai”.
Wanita itu mendakwa pengawal keselamatan terbabit bercakap dengannya menggunakan cara tidak wajar.
Bagaimanapun dalam ciapan hari ini, wanita terbabit berkata, perkara itu telah diselesaikan dengan pihak hospital yang membuat permohonan maaf secara peribadi.