Lebih 700 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Lebih 700 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Lebih 40 pegawai dan anggota balai bomba Tawau digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

Kebakaran berjaya dikawal pada 9 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, menurut bomba. (Gambar Facebook)
TAWAU:
Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen berkata, kejadian dipercayai bermula kira-kira 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lima minit selepas itu.

Beliau berkata, lebih 40 pegawai dan anggota balai berkenaan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

“Pasukan bomba dari BBP Semporna turut digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi.

Menurutnya kebakaran berjaya dikawal pada 9 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.