
Ketika mengumumkannya hari ini, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata, pemilihan Hakimah, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM adalah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun, khususnya di jabatan itu.
“Pelantikan ini menjadi sejarah kepada JAKIM apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita sekali gus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berharap pelantikan Hakimah dapat memacu JAKIM ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia pada 2001, Hakimah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM pada 1992.