Menjelang Ramadan, KJ seru warga emas segera dapatkan dos penggalak

Menjelang Ramadan, KJ seru warga emas segera dapatkan dos penggalak

Khairy Jamaluddin berkata ia berikutan trend kes kematian dalam kalangan warga emas berusia 70 tahun ke atas terus mencatatkan angka yang tinggi.

Khairy Jamaluddin menggesa kumpulan warga emas segera mendapatkan dos penggalak berikutan trend kes kematian dalam kalangan warga emas berusia 70 tahun ke atas terus mencatatkan angka tinggi.
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menggesa warga emas supaya mendapatkan suntikan dos penggalak dengan segera sebagai perlindungan tambahan menjelang aktiviti pengimarahan masjid dan surau sempena Ramadan tidak lama lagi.

“Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak ke mana-mana sekarang.

“Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi solat tarawih. Elok ‘top-up’ (tambah) perlindungan mereka dengan dos penggalak. Kita ikhtiar dan tawakal kepada Allah,” katanya di Twitter.

Beliau merayu kumpulan berkenaan supaya segera mendapatkan dos penggalak berikutan trend kes kematian dalam kalangan warga emas berusia 70 tahun ke atas terus mencatatkan angka tinggi daripada 105 kematian dilaporkan semalam.

“Semalam 105 kematian Covid-19 dilapor. Kapasiti hospital dan ICU terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian terkawal. Graf ini jelas, warga emas yang tiada vaksinasi dan dos penggalak sangat berisiko tinggi mati akibat Covid-19.

“(Saya) merayu kepada orang tua anda untuk dapatkan dos penggalak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.