
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, laporan media yang menyatakan sebaliknya adalah kurang tepat.
Baru-baru ini dilaporkan bahawa JAKIM akan diletakkan di bawah kuasa Majlis Raja-raja Melayu.
“Sejak awal ketika penubuhannya pada 1997 sehingga ke hari ini, JAKIM diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Kekeliruan yang dilaporkan oleh akhbar itu telah diperbetulkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja baru-baru ini,” katanya menjawab pertanyaan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang mahu Perdana Menteri mengesahkan sama ada JAKIM diletakkan di bawah Majlis Raja-raja seperti dilaporkan sebelum ini.
Idris berkata, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah menjelaskan keadaan itu baru-baru ini, berikutan kekeliruan berhubung pelantikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).