Warga emas maut tersepit bawah mesin penurap tar

Warga emas maut tersepit bawah mesin penurap tar

Pihak berkuasa menggunakan dua unit forklift bertujuan mengeluarkan mayat lelaki berusia lingkungan 60 tahun itu.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Lelaki warga emas ditemui maut dipercayai tersepit bawah mesin penurap tar di sebuah premis di Sungai Baru, Kuala Sungai, Alor Setar, hari ini.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar digegaskan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang berusia lingkungan 60 tahun itu.

Ketua BBP Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian mangsa tersepit bawah mesin, pada 11.47 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya yang diketuai Zulkiflee Mat Esa bersama polis dan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) tiba di lokasi dan mendapati mangsa masih berada di bawah mesin penurap tar terbabit.

“Komander operasi kemudian melaporkan usaha mengeluarkan mangsa dengan menggunakan dua unit forklift untuk mengangkat mesin penurap tar berkenaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Naufal berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.