
Mangsa berusia 40an ditemukan orang awam dalam keadaan parah di kaki lima bangunan itu, pada 7.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Christopher Patit, berkata mangsa ditemukan masih bernyawa sejurus sepasukan anggota polis tiba di lokasi kejadian.
Katanya, pemeriksaan fizikal mendapati mangsa mengalami kecederaan termasuk di muka sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.
“Berdasarkan maklumat doktor, mangsa mengalami pendarahan dalam kepala, bibir koyak selain organ dalam perut turut pecah.
“Dia kini masih dirawat di zon merah,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Christopher berkata, setakat ini polis tidak menemui sebarang identiti pengenalan diri mangsa dan siasatan lanjut punca kejadian masih dijalankan.