Biar pemimpin runding bila PRU15, kata Ahmad Maslan

Biar pemimpin runding bila PRU15, kata Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Umno berkata perwakilan parti pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bermula esok boleh berbahas mengenai persiapan parti menghadapi PRU15.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, perwakilan Perhimpunan Agung Umno yang bermula esok boleh berbahas mengenai persiapan parti menghadapi PRU15.
KUALA LUMPUR:
Soal bila pilihan raya umum patut diadakan akan diputuskan secara rundingan melibatkan pucuk pimpinan Umno, kata Setiausaha Agung parti, Ahmad Maslan.

Beliau berkata perwakilan parti pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bermula esok boleh berbahas mengenai persiapan parti menghadapi PRU15.

“(Tapi) bila waktunya (PRU) itu, kita minta pucuk pimpinan yang merundingkan itu,” katanya kepada FMT.

Soal ‘timing’ PRU 15 menjadi topik hangat susulan kemenangan besar Umno-Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor Sabtu lalu, tiga bulan selepas gabungan itu turut meraih kejayaan selesa pada PRN Melaka.

Kalangan pemimpin utama Umno dilaporkan mahu PRU15 disegerakan untuk meneruskan kebangkitan semula Umno setelah tewas pada pilihan raya umum 2018.

Bagaimanapun segelintar pemimpin parti dilihat berkongsi sentimen dengan pemimpin PAS dan Bersatu selain Pakatan Harapan (PH) yang tidak mahu PRU diawalkan, lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 masih serius.

Selain persiapan PRU, Ahmad berkata PAU 2021 selama empat hari mulai esok dijangka turut mengupas isu ekonomi susulan negara ke arah memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.