
Mohamad Shahzrie Sham Sabudin, 25, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Shahzrie didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas Mohd Faain Adha Azliza, 30, di Sungai Bechah dekat Gunong, Bachok pada pukul 12.10 tengah malam, 8 Mac lepas.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh membayar jaminan itu.
Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.