Umno-BN menang PRN Johor, capai majoriti 2/3

Umno-BN menang PRN Johor, capai majoriti 2/3

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, Hasni Mohammad, akan dilantik MB Johor setelah berjaya mengekalkan kerusi DUN Benut.

Penyokong Barisan Nasional bersorak meraikan kemenangan gabungan itu di bilik gerakan BN untuk PRN Johor.
PETALING JAYA:
Barisan Nasional yang diterajui Umno memenangi PRN Johor malam ini untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Menurut keputusan tidak rasmi, BN sudah mencapai majoriti mudah dengan memenangi 29 daripada 56 kerusi DUN Johor dan mendahului lawan di banyak kawasan lain.

Menurut laporan, BN kini rancak mara untuk mencapai kemenangan majoriti dua pertiga atau 38 kerusi.

Saingan utama BN iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PN) setakat ini memperlihatkan prestasi hambar. Begitu juga Pejuang dan MUDA.

Berdasarkan keputusan itu, Hasni Mohammad akan dilantik menteri besar Johor, setelah berjaya mempertahankan Benut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.