
Bagaimanapun, melalui pemerhatian FMT, setakat 10 pagi, pengundi berumur 18 tahun tidak kelihatan. Rata-rata pengundi yang turun mengundi di SMK Sri Muar itu orang dewasa berusia 20 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas.
Suasana juga agak lengang di pusat mengundi tersebut dan keadaan sekitar turut dikawal ketat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tidak jauh 100 meter dari pusat undi itu, kelihatan penyokong PN membuat ‘flash mob’ sambil menaikkan sepanduk ‘Abah Prihatin’ sebagai tanda sokongan kepada gabungan parti itu.

Bagaimanapun, jumlah penyokong PN itu tidak ramai iaitu hanya sekitar 10 orang.
Antara penyokong PN yang ditemui FMT, Hasnah Hassan berkata ‘flash mob’ itu mungkin dibuat sehingga undi ditutup pada 5 petang ini.
Dia berharap semua pengundi keluar bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
“Setakat jam 10 pagi tadi, peratusan keluar mengundi agak perlahan. Diharapkan momentumnya akan meningkat selepas tengah hari nanti,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di SMK Sri Muar untuk membuang undi.
Ahli Parlimen Pagoh yang berbaju kemeja belang biru putih itu tiba di sekolah itu bersama isterinya, Noorainee Abd Rahman pada jam 9.05 pagi.