
Katanya, kira-kira 30,000 kes harian yang direkodkan kini kurang daripada unjuran awal 50,000 hingga 60,000 kes.
Beliau agak optimistik bilangan kes akan menurun seperti yang dilihat berlaku di Filipina.
“Pada mulanya, bilangan kes kita turun dan naik sedikit, mungkin disebabkan subjenis Omicron yang spesifik. Namun begitu ia kini mendatar sekitar 30,000 kes sekarang, jadi adalah baik apabila kes tidak terus meningkat,” katanya.
Kadar kebolehjangkitan (R0) juga 1.03 bererti penyebarannya lebih stabil, namun katanya lebih baik jika bilangan itu menurun kepada 0.8, kata beliau
Hisham berkata kementerian mengesyaki subjenis Omicron BA1 dan BA2 kini bercampur, tetapi keadaan sebenar akan diketahui dalam tempoh dua minggu akan datang selepas penjujukan genom dilakukan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, data awal mencadangkan varian baharu BA2 dilihat lebih mudah berjangkit berbanding BA1, seterusnya kajian lanjut sedang dilakukan untuk menentukan puncanya.
Hisham menggesa supaya mereka yang kerap terdedah kepada orang ramai terus melakukan ujian RTK antigen, ketika kesan virus pada tahap tertinggi, iaitu hari pertama dan ketiga.
Katanya, perkara utama adalah melihat sejauh mana seseorang yang positif Covid-19 boleh menjangkiti orang lain. Katanya, dalam kes varian Omicron, gejala mungkin dapat dilihat seawal dua atau tiga hari.
“Jika anda divaksin penuh dan negatif pada hari ketiga atau kelima, anda okay,” katanya.
Hisham berada di Penang Institute untuk menerima anugerah Dr Wu Lien-The bagi kepemimpinan dalam kesihatan awam. Ia disampaikan Presiden Dr Wu Lien-Teh Society, Anwar Fazal.