18 termasuk 12 wanita ditahan disyaki terlibat sindiket pinjaman wang tanpa lesen

18 termasuk 12 wanita ditahan disyaki terlibat sindiket pinjaman wang tanpa lesen

Semua individu warga tempatan itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Chua, Kajang, Khamis lalu.

SHAH ALAM:
Polis Selangor menahan 18 individu warga tempatan termasuk 12 wanita disyaki terlibat dalam sindiket pinjaman wang tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di Kajang dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Azman Ali berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu sebuah premis di Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang pada jam 10.20 pagi dan bertindak menahan semua individu yang berumur lingkungan 18 hingga 52 tahun itu.

Azman berkata sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu.

“Hasil pemeriksaan, pihak kami turut merampas dokumen dan barangan antaranya komputer, fail mengandungi dokumen peminjam, kad ATM pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM21,598,” katanya dalam kenyataan.

Azman berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.