Walaupun Umno berpuak, BN mampu pamer perpaduan, kata penganalisis

Walaupun Umno berpuak, BN mampu pamer perpaduan, kata penganalisis

Ini dapat dicapai kerana puak menentang Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak dapat melihat pengaruh besar kedua-dua tokoh ini ke atas akar umbi, kata penganalisis.

BN berjaya bersatu untuk menghadapi PRN kerana puak yang menentang pengerusi gabungan itu, Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya, Najib Razak, melihat pengaruh besar kedua-dua tokoh ini ke atas akar umbi, menurut seorang penganalisis.
JOHOR BAHRU:
Barisan Nasional (BN) dapat membentuk barisan yang bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor walaupun wujud puak-puak yang berbeza dalam Umno dan ini memberikannya kelebihan berbanding pembangkang yang kelihatan berantakan, kata seorang penganalisis.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, di pihak pembangkang jelas tidak ada kesatuan dengan Pakatan Harapan (PH) bersedia mencabar Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad di 42 kerusi dan Warisan pimpinan Shafie Apdal di enam kerusi.

Malah PKR yang diterajui Anwar Ibrahim akan menentang MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Larkin selepas rundingan kerusi antara kedua-dua pihak gagal.

Awang Azman berkata, BN berjaya bersatu untuk menghadapi PRN kerana puak yang menentang pengerusi gabungan itu, Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya, Najib Razak, melihat pengaruh besar kedua-dua tokoh ini ke atas akar umbi.

Awang Azman Pawi.

“Usaha untuk menyingkirkan mereka gagal setakat ini. Jika terus memburukkan Najib dan Zahid, mereka akan ditolak oleh akar umbi Umno. Malah tiada jaminan mereka akan dicalonkan oleh parti itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Presiden MIC SA Vigneswaran yang pernah meminta Zahid berundur sebagai Pengerusi BN sebelum ini turut mendiamkan diri,” katanya.

Sementara itu katanya, PH dan parti pembangkang lain kelihatan hanya mampu menawarkan barisan yang bersatu kepada pengundi Johor selepas pilihan raya.

Awang Azman berkata, naratif “Kestabilan Masa Depan” BN bertujuan meyakinkan pengundi bahawa kestabilan politik akan menjamin kemajuan yang lancar bagi negeri itu, susulan majoriti lebih kukuh dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.