Remaja OKU dipercayai dirogol, lahirkan bayi lelaki dalam tandas rumah

Remaja OKU dipercayai dirogol, lahirkan bayi lelaki dalam tandas rumah

Kejadian disedari ibu mangsa sebelum menyelamatkan bayi yang baru lahir selepas kepalanya terperosok dalam lubang tandas.

Ibu saudara mangsa membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku mewakili abang dan kakak iparnya yang disahkan positif Covid-19.
PETALING JAYA:
Seorang remaja wanita yang juga orang kelainan upaya (OKU) masalah pertuturan disyaki dirogol sehingga melahirkan bayi lelaki dalam tandas rumahnya di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.

Kejadian menimpa mangsa yang berusia 18 tahun itu disedari ibunya berusia 36 tahun, jam 10.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata ibu saudara mangsa membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku mewakili abang dan kakak iparnya yang disahkan positif Covid-19.

“Ibu mangsa memaklumkan mereka langsung tidak mengetahui anak sulungnya mengandung sebelum menyedari mangsa melahirkan bayi dalam tandas rumah kerana tidak nampak sebarang perubahan, cuma badannya kelihatan berisi.

“Ketika beranak, kepala bayi lelaki berada di dalam lubang tandas sebelum sempat diselamatkan oleh ibunya,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau memberitahu, bapa mangsa kemudian membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku di sini untuk rawatan lanjut.

Katanya, berdasarkan keterangan, mangsa tidak pernah keluar rumah melainkan hanya ditemani oleh bapanya.

“Bagaimanapun, mangsa telah ditinggalkan bersama saudara maranya dalam rumah ketika ibu bapanya keluar mengambil zakat di sebuah masjid, Mei tahun lalu.

Jelasnya, ibu mangsa mengesyaki suspek masuk ke dalam rumah dan merogol anaknya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.