PRN Johor: Rakyat pernah tolak ‘penyangak’, Dr M yakin ia akan berulang

PRN Johor: Rakyat pernah tolak ‘penyangak’, Dr M yakin ia akan berulang

Rakyat Johor pernah membuat langkah berkenaan pada PRU-14 kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat Johor telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka bersedia tolak pemimpin dan parti yang menyeleweng dari landasan.
PETALING JAYA:
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yakin pengundi Johor akan menolak “penyagak” pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini kerana pernah membuat langkah sama pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebelum ini.

Mahathir berkata, rakyat Johor telah membuktikan kesediaan mereka untuk menolak ahli politik yang mengutamakan kepentingan mereka sendiri berbanding berkhidmat kepada rakyat.

“Saya tidak fikir rakyat Johor akan pilih calon-calon dari parti yang dipimpin dan didalangi oleh perasuah dan penyamun.

“Saya yakin rakyat Johor akan tolak penyangak yang tidak ada nilai, prinsip, amanah dan sifat mulia yang lain. Begitu juga dengan parti yang dipimpin pengkhianat walaupun dia dari negeri Johor,” katanya dalam surat terkini yang diutuskan buat pengundi Johor hari ini.

Mahathir berkata, rakyat Johor telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka bersedia tolak pemimpin dan parti yang menyeleweng dari landasan.

Pengerusi Pejuang itu berkata, calon-calon parti itu telah telah berikrar akan menolak rasuah, salah guna kuasa dan pengkhianatan.

“Jika diberi peluang memerintah negeri Johor, amalan-amalan yang baik ini akan memastikan usaha membangun kembali ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksana,” katanya.

Pada PRN ini, Pejuang bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN. Manakala PN dan BN meletakkan calon di kesemua 56 DUN.

PRN Johor akan berlangsung Sabtu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.