
Timbalan Ketua Polis Kajang Mohd Nasir Drahman berkata, dalam kejadian 3.53 petang itu, usaha menyelamat mangsa berusia 59 tahun itu dibantu oleh pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Tun Hussain Onn.
Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang tukang kebun dan menetap di Taman Kota Cheras, Batu 9.
“Proses pengecaman mayat dilakukan oleh pihak keluarga mangsa,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Nasir berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat.
Tambah beliau, orang ramai yang memiliki maklumat dan mengetahui tentang kejadian tersebut boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Amir Mohd Shah di talian 013-3999507 atau balai polis yang berdekatan..
“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengunjungi tempat berisiko yang boleh mengundang bencana alam dalam tempoh keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.