Tegas, teliti pilih kontraktor demi elak projek sakit, kata bekas Ketua Audit Negara

Tegas, teliti pilih kontraktor demi elak projek sakit, kata bekas Ketua Audit Negara

Ambrin Buang berkata, pemilihan secara teliti itu bagi memastikan setiap pembangunan berjalan lancar dan mengikut jadual.

Ambrin Buang berkata, kerajaan perlu memeriksa rekod prestasi syarikat atau kontraktor terbabit bagi memastikan kerajaan tidak menghadapi masalah pertambahan kos akibat kesulitan yang ditimbulkan kontraktor.
PETALING JAYA:
Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang meminta kerajaan lebih teliti dan tegas dalam pemilihan kontraktor bagi memastikan setiap pembangunan berjalan lancar dan mengikut jadual.

Katanya, sebelum sesuatu projek diberikan, pegawai bertanggungjawab perlu memeriksa rekod prestasi syarikat atau kontraktor bagi memastikan kerajaan tidak menghadapi masalah pertambahan kos akibat kesulitan yang ditimbulkan kontraktor terbabit.

“Baru-baru ini, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed melalui Unit Perancangan Ekonomi memaklumkan mengenai jumlah projek sakit.

“Jadi, bila ada projek sakit ini, (ia akan) sebabkan pertambahan kos sebab beliau kena buat pemulihan. Jadi, itu yang jadi cabaran (kepada kerajaan),” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Ambrin berkata, cabaran terbesar yang dihadapi perkhidmatan awam ketika ini adalah ketirisan dan rasuah.

Katanya, perolehan negara akan terjejas, jika dua isu itu semakin membarah dan tidak ditangani segera.

Oleh itu, beliau berkata, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) perlu dilaksanakan segera.

“Kalau kita ambil masa yang panjang untuk implementasi (apa yang terkandung dalam NACP), maka kesan dia akan kuranglah (untuk tangani rasuah),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.