
Napsiah, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas berkata, beliau percaya pengundi akan menunjukkan kemarahan kepada BN pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini.
“Mereka tidak minta pilihan raya,” katanya kepada FMT.
“Kerajaan memaksa mereka mengundi ketika wabak. Mestilah mereka marah.”
DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan dan membuka laluan kepada PRN keempat sejak PRU14, iaitu selepas PRN Sabah, Melaka dan Sarawak.
Pemimpin Bersatu dan PAS dalam kerajaan negeri Johor sebelum ini mengecam pembubaran itu dengan berkata, keputusan tersebut dibuat secara sepihak oleh BN.
Merujuk kepada kekalahan PH di Melaka dan Sarawak, Napsiah berkata, beliau tidak percaya ia menunjukkan pengundi bosan dengan pembangkang atau mereka menghukum gabungan itu kerana gagal menunaikan janji pilihan rayanya.
“Bukan kami gagal menunaikan janji, tetapi kami tidak diberi masa yang cukup untuk melakukannya,” katanya merujuk kepada penyingkiran pentadbiran PH pada 2020.
Beliau juga berkata, kerajaan semasa patut dipersalahkan atas ketidakstabilan politik di negara ini, sambil menambah “it has made a sham of tema pilihan raya BN, iaitu ‘Kestabilan Masa Depan’.”
“Saya percaya pengundi di Johor cukup bijak untuk tahu perkara ini. Mereka tidak jemu dengan PH. Mereka jemu dengan ketidakstabilan politik,” katanya.
Napsiah akan bertanding dalam pertembungan tujuh penjuru. Pesaingnya adalah Ramlee Bohani daripada BN, Faizal Abdullah (Bersatu), Nornekman Osman (Pejuang) dan tiga calon Bebas, iaitu Azman Abd Rahman, Mohd Suhimi A Rahman dan Tok Hambali.
Beliau mengakui Kempas adalah kerusi yang sukar dimenangi, namun beliau tidak bimbang.
“Walaupun saya satu-satunya calon wanita, saya langsung tidak gementar atau takut,” katanya.
“Bagi saya, ini adalah pertarungan untuk melihat siapa yang layak memimpin Kempas dan saya serahkan kepada pengundi,” katanya.