Serba Dinamik gagal halang EY Consulting dedah dapatan kajian

Serba Dinamik gagal halang EY Consulting dedah dapatan kajian

Mahkamah memutuskan EY Consulting tidak memberikan gambaran yang salah tentangnya kepada penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu dalam suratnya.

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd untuk mendapatkan injunksi terhadap Ernst & Young Consulting Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) untuk mendapatkan injunksi terhadap Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY Consulting) bagi menghalangnya daripada berkongsi sebarang dapatan kajian bebas khasnya ( SIR) mengenai syarikat kepada mana-mana pihak.

Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin dalam penghakimannya berkata EY Consulting tidak memberikan gambaran yang salah tentangnya kepada penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu dalam suratnya kerana firma itu tidak dalam apa-apa cara mendakwa sebagai juruaudit.

Hakim berkata apa yang dinyatakan dalam perenggan pembukaan surat itu ialah EY Consulting dilantik untuk melaksanakan SIR.

“Pelantikan EY Consulting biasa dibuat di bawah perenggan 2.23 dan 2.24 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR),” katanya dan mengarahkan SDHB membayar kos RM20,000 kepada EY Consulting.

Perkara itu disahkan oleh peguam Christopher Leong, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pada 5 Nov 2021, SDHB memfailkan saman pemula terhadap EY Consulting yang memohon pengisytiharan bahawa syarikat itu bukan ‘juruaudit’ dalam takrifan MMLR serta deklarasi bahawa EY Consulting telah memberikan gambaran yang salah kepada SDHB bahawa mereka boleh dilantik menurut perenggan 2.23 dan 2.24 MMLR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.