Apa perlu anda tahu berhubung ‘fasa peralihan ke endemik’

Apa perlu anda tahu berhubung ‘fasa peralihan ke endemik’

Peraturan yang masih kekal adalah pemakaian pelitup muka di tempat awam dan daftar masuk guna MySejahtera ke semua premis.

Di bawah ‘fasa peralihan ke endemik’, tiada lagi kekangan membabitkan had waktu operasi perniagaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Malaysia akan memasuki “fasa peralihan ke endemik” bermula 1 April, berikut ialah panduan ringkas berhubung kelonggaran SOP dan peraturan Covid-19.
  1. Pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib.
  2. Had waktu operasi perniagaan dimansuhkan. Ini bermakna, perniagaan yang beroperasi 24 jam sebelum ini seperti restoran dan kedai serbaneka, boleh kembali berbuat demikian.
  3. Sempadan negara akan dibuka semula. Individu lengkap vaksin tidak lagi perlu menjalani kuarantin.
  4. Pengembara yang memasuki negara ini wajib menjalani ujian RT-PCR dua hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
  5. MyTravelPass akan dimansuhkan, namun pengembara ke negara ini perlu muat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera sejurus ketibaan.
  6. Orang ramai wajib mendaftar masuk menggunakan MySejahtera ke semua premis. Pengecualian hanya untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.
  7. Solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
  8. Had kapasiti pekerja bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
  9. Perjalanan rentas negeri terbuka kepada semua tanpa mengambil kira status vaksinasi.
  10. Individu disyaki atau disahkan positif Covid-19 wajib mematuhi garis panduan dan SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan “fasa peralihan ke endemik” lebih terperinci.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.