
Difahamkan, dalam nahas 3.30 petang itu semua mangsa sedang berteduh daripada hujan lebat bawah jejambat.
Bagaimanapun, mereka dirempuh lori yang dikatakan mengalami kerosakan mengakibatkan pemandunya hilang kawalan.
Akibatnya, lori itu terbabas ke tepi lebuh raya dan merempuh beberapa penunggang motosikal sehingga menyebabkan mereka tercampak dalam longkang berhampiran, lapor Berita Harian.
Dalam video dan foto yang tular di media sosial, kelihatan tiga lelaki sedang merintih menahan kesakitan akibat kecederaan dialami selepas dirempuh lori.
Dua daripada mangsa tercampak dalam longkang, manakala seorang lagi dilihat dalam keadaan berlumuran darah bawah jejambat.
Setakat ini, polis dilaporkan baru selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan dua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.