
Soffian berkata, mereka dijangkiti Covid-19 Kategori 1 dan 2 dan sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.
“Selain pegawai dan anggota berkenaan, 134 ahli keluarga mereka turut positif wabak itu. Tiada sesiapa dirawat di hospital setakat ini kerana mereka dalam Kategori 1 dan 2,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata, jangkitan dalam kalangan pegawai dan anggotanya itu tidak mengganggu penugasan dan operasi di IPD Timur Laut setakat ini.
Katanya, sanitasi akan dijalankan secara berkala di premis terbabit, selain memastikan polis dan orang ramai yang berurusan di situ mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.