
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata daripada jumlah itu, seramai 11,576 adalah warga polis Johor.
Beliau berkata, undi awal dijalankan di 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran disediakan di premis polis dan ATM seperti di dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem tentera.
“Nasihat saya bagi yang mengundi awal, sentiasa peka kepada arahan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
“Sebelum menunaikan tanggungjawab, pastikan menjalani saringan Covid-19 bagi memastikan tahap kesihatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Kamarul Zaman berkata, seramai 382 anggota dan pegawai polis Johor mendaftar dengan undi pos bagi PRN Johor.
“Daripada 382 individu yang memohon untuk mengundi pos, seramai 276 diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala selebihnya adalah tidak,” katanya.
SPR menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian dan 8 Mac hari mengundi awal.