Papan iklan calon PKR DUN Bukit Batu disembur cat

Papan iklan calon PKR DUN Bukit Batu disembur cat

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah mahu mencetuskan provokasi ketika kempen PRN hanya berbaki beberapa hari.

Wajah Anwar Ibrahim pada papan iklan di DUN Bukit Batu disembur dengan cat.
PETALING JAYA:
Kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor yang memasuki hari kesembilan dicemari dengan insiden merosakkan papan iklan yang memaparkan wajah calon PKR DUN Bukit Batu, Arthur Chiong dan Presiden Anwar Ibrahim oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Insiden itu hanya diketahui hari ini apabila pihak tidak bertanggungjawab menyembur cat pada wajah Anwar di papan iklan tersebut.

Tindakan itu dilihat mencabar keharmonian ketika kempen PRN semakin hampir ke penghujung memandang sebelum ini tiada sebarang konfrontasi yang melampau berlaku.

Chiong berkata, dia meminta rakan lain dari PKR di DUN Bukit Batu supaya tidak membalas tindakan itu sehingga boleh mencemar nama baik parti.

“Kita salurkan kemarahan dengan cara menyemarakkan semangat semasa berkempen menjelang hari terakhir sebelum pengundian.

“Kepada pihak yang melakukan provokasi ini, marilah kita bersaing secara sihat dan biarkan proses demokrasi berjalan dengan aman,” katanya di Facebook.

Chiong berkata, dia yakin rakyat Johor sangat matang dan mereka boleh menilai yang mana kaca, yang mana permata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.