
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya telah berhubung dengan negara terbabit, namun belum menerima maklum balas diperlukan.
“Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut, namun kita mendapat arahan untuk mendapatkan dokumen dan saksi-saksi terlibat,” katanya pada sidang media di sini.
Kamarudin berkata, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mendapatkan keterangan saksi serta dokumen berkaitan, sebaliknya perlu menunggu lampu hijau daripada negara berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan Tawfiq menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan dia tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.
Kenyataan itu dibuat selepas bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas pegawainya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, baru-baru ini.
Leissner dilaporkan menyebut penglibatan Tawfiq dengan rasuah dalam projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.