Tokoh seniman Rahman B meninggal dunia

Tokoh seniman Rahman B meninggal dunia

Rahman B meninggal dunia di HKL pada 4.33 petang Rabu.

Abdul Rahman Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Tokoh Seniman Negara, Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4.33 petang tadi.

Berita pemergian Rahman B dimaklumkan cucunya, Hussein Abdul Salam.

Beliau memberitahu Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru.

“Jenazah akan dibawa dari HKL ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandi dan dikafankan. Setelah itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zohor esok,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Kapar, Klang, Rahman B merupakan penerima Anugerah Seniman Negara 2004.

Allahyarham berkecimpung dalam dunia bangsawan sejak berusia lapan tahun, iaitu bermula awal 1940-an dan mewarisi darah seni yang dimiliki ibu bapanya yang juga penggiat bangsawan, Abu Bakar Saleh dan Kasminah Taib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.