
Katanya, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Lee sepatutnya sedar BN selaku kerajaan Perak telah memberikan peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat, termasuk pembangkang.
“Parti yang digelar celaka dan jahat itulah yang melibat uruskan pembangkang untuk bajet negeri Perak,” sindirnya.
Di peringkat pusat pula, katanya, BN juga parti yang berusaha memastikan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dapat dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Parti yang digelar jahat dan celaka itulah yang melibatkan pembangkang dalam program pemulihan negara, inikah jenis parti celaka yang disebut?” soalnya.
Shahril mengulas gelaran celaka dinyatakan Lee menerusi ceramah Pakatan Harapan pada 28 Feb lalu yang disiarkan dalam talian di Facebook Johorkini dan turut menampilkan calon Pakatan Harapan bagi kerusi DUN Permas, Syed Othman Syed Abdullah.
Dalam ceramah itu, Lee mengulas berkaitan peralihan kuasa di beberapa negeri selepas kemenangan PH.
“Akhirnya satu demi satu pusat tumbang, satu demi satu depa rampas, tak cukup nak memusatkan kuasa kepada Umno. Umno mengambil langkah, mengorak langkah yang jahat, keji, celaka, kasar sikitlah, tapi memang celaka. Sekarang Johor terpaksa buat ini (PRN),” kata Lee.
Sementara itu, Shahril yang juga Timbalan Ketua Pemuda Umno mempersoalkan tindakan DAP menggugurkan kes melibatkan pemimpin mereka ketika PH berkuasa.
“Parti yang dianggap roket harum, gelar kita kluster mahkamah dan macam-macam, tapi dia lupa waktu dia berkuasa, banyak kes dia gugurkan. Itulah mungkin parti yang YB Howard anggap harum, tapi dia lupa realiti dan fakta tidak menipu.”