PH akan umum calon MB tak lama lagi, kata Anwar

PH akan umum calon MB tak lama lagi, kata Anwar

Pengerusi gabungan itu berkata, pemimpin parti komponen PH akan berjumpa sekali lagi untuk membincangkan isu itu.

Anwar Ibrahim berkata, kempen PH dan PKR di Johor berjalan lancar.
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan akan mengumumkan calon Menteri Besarnya tidak lama lagi, jika ia memenangi pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

“Mesyuarat awal sudah ada, tetapi satu lagi mesyuarat PH akan diadakan dalam beberapa hari lagi kerana Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution positif Covid-19,” katanya di Pemanis, Johor.

Ditanya bila mereka akan mengeluarkan manifesto pilihan raya, Pengerusi PH itu berkata, perkara itu akan dibincangkan malam ini.

Anwar menegaskan kempen PH dan PKR berjalan lancar setakat ini.

“Macam PKR dan PH, kita bertanding. Saya tengok kawasan-kawasan, kalau tengok dalam laporan dia geraklah, cuma mungkin kita tidak sekaya parti lain.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.