Gaji minimum: Jangan tunduk bantahan konglomerat, Anwar beritahu kerajaan

Gaji minimum: Jangan tunduk bantahan konglomerat, Anwar beritahu kerajaan

Ketua Pembangkang itu berkata, ada syarikat besar membantah pelaksanaan dasar gaji minimum sedangkan mereka meraih keuntungan tinggi daripada peningkatan produktiviti.

Anwar Ibrahim berkata, kenaikan upah di Malaysia masih di tahap lebih rendah daripada peningkatan produktiviti berbanding negara maju lain. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan dasar gaji minimum tanpa tunduk kepada bantahan syarikat konglomerat, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ada syarikat besar yang membantah pelaksanaan dasar gaji minimum sedangkan mereka merekodkan keuntungan tinggi hasil daripada peningkatan produktiviti.

“Ada syarikat yang catat untung berpuluh bilion ringgit, tetapi apabila cakap soal gaji minimum, bukan sahaja di pihak kerajaan, malah pihak swasta pun tidak bersetuju.

“Ada syarikat perladangan, pembalakan dan kelapa sawit yang untung begitu tinggi, tetapi pulangan kepada golongan pekerja rendah dan sangat kecil,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, kenaikan upah di Malaysia masih di tahap lebih rendah daripada peningkatan produktiviti berbanding negara maju lain.

Justeru, beliau berharap kerajaan bertindak secara menyeluruh dan memberi ruang kepada proses rundingan melibatkan syarikat serta kesatuan pekerja dalam isu pelaksanaan dasar gaji minimum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.