Bila nak benarkan VTL P Pinang-Singapura, soal pemimpin DAP

Bila nak benarkan VTL P Pinang-Singapura, soal pemimpin DAP

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata kerajaan belum memberikan maklum balas terhadap permohonan Kumpulan Penerbangan Malaysia.

Steven Sim berkata VTL wajar dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang memandangkan peranannya sebagai gerbang ekonomi koridor utara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mempersoalkan kenapa kerajaan belum mewujudkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Pulau Pinang dan Singapura.

Ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen DAP itu berkata Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) telah memohon VTL itu tahun lalu, namun kerajaan sehingga kini belum memberikan maklum balas.

“Selepas KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang patut dibuka kepada laluan VTL memandangkan peranannya sebagai gerbang koridor ekonomi wilayah utara.

“Pelaburan bukan saja di Pulau Pinang, malah Kedah, utara Perak, Perlis semua terjejas dengan kelewatan pelaksanaan VTL tersebut,” katanya.

Beliau turut menyoal sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan VTL antara Pulau Pinang dan destinasi strategik lain seperti China, Taiwan, Amerika Syarikat dan Eropah.

“Sudah tentu apabila saya bangkitkan pelaksanaan VTL ini dan gelembung perjalanan lain, kerajaan juga perlu memastikan langkah keselamatan dikuatkuasakan agar rakyat kita terlindung daripada wabak Covid-19,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.